Tuesday 14 February 2012

Kek

Kek Pelangi 3 rasa
1 Kg RM 20


Biskut

 Dah lama tak keudara chewah...sekarang ni tengah asyik bercucuk tanam termasuk lah pokok Roselle. Mula-mula tak tau nak prosess roselle ni kakak ipar yang ajarkan  rupanya hampas roselle yang telah dibuat jus boleh dibuat jem pulak, apa lagi tetiba lah idea nak buat biskut pulak, maka terhasil lah 3 jenis biskut ni.

 Biskut Kana Berjem Roselle

 Bahan-bahannya: 
1 Biji Telur
200 gm mentega
1 1/2 Cawan tepung custard
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung jagung
1/3 camca teh baking powder
1 cawan gula aising
Jem roselle secukupnya sebagai inti

Cara-cara membuatnya :

1.  Pukul Mentega dan gula hingga seabati.
2. Masukkan telur dan digaul rata.                 
3. Masukkan ketiga-tiga jenis tepung serta    
baking powder yang telah diayak dan digaul
rata.
4.  Tambah sedikit pewarna kuning                   
5. Tekan kedalam acuan biskut kana dan        
Buang adunan yang berlebihan. Kemudian  
ketuk keluar . Bakar  dengan suhu 180 C       
selama 15 minit.

 Ini pulak Tat Roselle ( cuci mata je lah ye resepinya macam resepi tat nenas cuma inti je diganti ngan roselle)
Ha...ha... dan ini pulak ikut tat nenas klasik, inti dia pun jem roselle.

Monday 31 January 2011

KEK LAPIS

KEK LAPIS ABADI
Bahan2 :
500 gm mentega
10 cmb susu pekat manis
300 gm tepung hongkong
200 gm gula kastor
200 gm jem rasberi
100 gm horlick
20 gm ovellete
10 biji telur (A)
Cara2 :
  1. Pukul mentega dan susu hingga kembang dan ringan (ketepikan)
  2. Pukul telur, gula kastor dan ovelette hingga dan pekat
  3. Masukkan jem, gaul rata
  4. Masukkan tepung hongkong dan horlick gaul sebati.
  5. Masukkan adunan mentega tadi kedalam adunan tepung gaul rata
  6. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian campurkan dengan warna hijau, ungu, kuning dan merah
  7. Ambil 6 sudu makan adunan ungu ratakan pada loyang berukuran 8 X 8 bakar dengan menggunakan api atas & bawah selama 7 minit kemudian lapiskan dengan warna hijau bakar dengan menggunakan api atas sahaja selama 7 minit, lapiskan dengan kuning kemudian merah. Ulang proses yang sama hingga adunan habis.

Nota : Kek Lapis Coklat Chease resepinya saya N3 kemudian x sempat anak dah buat hal...

Saturday 15 January 2011

KEK HARI LAHIR PUTRAKU





Kek Hari Lahir Putraku... kek Marble resepi Mat Gebu memang best. First time buat aising buttercrean kerana terpaksa.... kedai kek ari cuti semua tutup si hubby suruh buat jugak....
Alhamdullilah menjadi plak kawan-kawan pun suka


INSPIRASIKU



Putra Tuah ku sayang